.

Saturday, June 18, 2011

SIKIT-SIKIT PUKUL

Baru siang tadi saya cakap pasal pompuan pukul pompuan.
Aih...tup2 ni dah dengar berita saudara pompuan saya
kena pukul..Pun dengan pompuan.. Haihhh...dah kenapa
ngan pompuan2 kat lua sana ni??
Itupun pasal kes PHD...dalam perniagaan. Walaupun
cerita sebenar belum diketahui, namun saya sudah
boleh menjangka puncanya hanyalah kerana hasad dengki
dalam perniagaan. Berbalik pada realiti lah... rezeki semua
tu datangnya dari Allah Taala... usaha secara halal dan sihat,
tidak menjadi kesalahan. Persaingan sihat sudah menjadi lumrah
dalam perniagaan. Ada naik dan turun, jatuh dan bangun. Terimalah
dengan hati terbuka. Kenapa sampai nak menyerang orang
tak tentu pasal.. Kerana kebodohan sendiri, tak boleh
mengawal nafsu dan amarah, kanke sudah mengundang
padah pada diri sendiri. Perkara yang tak sepatutnya berlaku
akhirnya menjadi kes polis. Pelbagai kesan negatif jugak,
akhirnya wujud. Orang memandang serong, harga diri juga jatuh,
paling menyedihkan, dibenci orang...
Lantaklah.. cakap panjang pun tak guna.
Hari ini belasah orang,
esok lusa nanti dibelasah orang pula.
Mana tau kat dunia Tuhan nak baya cash.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels