.

Thursday, June 9, 2011

KETINGGALAN ZAMAN TOL!

HUH!!! pelik dan heran tol saya bila tetiba terperasan
ramai yang menghentam aktor pujaan ramai gadis kini..
iaitu GAMBIT SAIFULLAH.
hmmm...pelik dan terpinga2 x tau apa punca.
So, mestilah kita nak tau kan...huhuhu standet ar tu..
so...cari punya cari..ooooo ini upanyaaaaaa
hmmm baca sendiri r kat bawah tu..
malas r nak komen panjang2....

nak tgok video tu nih..
klik kat cini
KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.

Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan. Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks. “Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.



Read More : http://cutimalaysia.my/forum/video-klip-marilah-menari-bikin-panas/t2124#ixzz1OnLNRNyx

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels