.

Wednesday, July 6, 2011

SUNGAI TERCANTIK DI DUNIA

Pastinya ramai yang tak menyedari kewujudan
sungai ni. Walaupun saya sendiri tak pernah sampai
kat sini...Melalui gambar-gambar ni pun dah boleh
bayangkan betapa indahnya tempat ni.

Cano Cristales merupakan salah satu sungai yang menakjubkan
yang terdapat di muka bumi ini. Juga dikenali sebagai
"THE RIVER OF FIVE COLOURS"
ataupun
"THE RAINBOW RIVER"
Pada kebanyakan hari kebiasaannya, sungai Cano Cristales
di Columbia adalah seperti sungai2 lain lazimnya.

Tetapi, dalam sedikit masa yang singkat keadaan di sini
seperti menjadi satu perayaan semulajadi yang penuh warna.
Rumpai air yang istimewa telah menjadi punca di sebalik
fenomena semulajadi ini. Aliran air di sini menetapkan
pancaran matahari menjangkau rumpai air, juga pada musim hujan.
Pada musim kering pula, air di sini terlalu cetek untuk mengekalkan
hidupan ini. Tapi di antara kedua musim ini, sangat sesuai untuk
hidupan yang cantik berwarna ini. Sepanjang tempoh ini juga,
seluruh sungai diliputi deretan warna yang pelbagai terdiri
dari warna biru, hijau, merah dan sebagainya.
Agak sedih, keadaan ini cuma berlanjutan selama beberapa
hari di antara musim hujan dan kering. Oleh kerana itu
jugalah menjadikan ianya lebih menarik.
Malangnya atau lebih bernasib baik, Cano Cristales berada
di tempat yang agak tepencil, berdekatan dengan
pekan kecil La Macarena. Dengan keluasan 20 meter lebar,
dan 100 meter panjang, keajaiban sungai ini cuma boleh dilalui
dengan cara menunggang kuda, ataupun berjalan merentasi denai.
Cuma beberapa agensi yang menawarkan lawatan2 ini.
cantiknya....

kalo dapat berkelah kat sini memang best nih.




Segalanya keajaiban ciptaan Ilahi.

2 comments:

Bb adriyanie said...

Tgok mcm seram plak...subhanallah...

~LyNN @DLyNN~ said...

hehehehe...tapi cantik kan? macam khayalan pun ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels