.

Tuesday, June 21, 2011

LESBIAN KAHWIN

COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


Teramatlah tak faham bila melihat ada
yang memilih pasangan sejenis.. Erks..
thehehehe, ini macam pun ada ka??
Bukan calang-calang orang lak tu... yang sorang peguam,
yang lagi sorang, profesor lak tu... ish3....
Siap kawen lagi tu...agak2, sape yang nak mengandung
tu nanti yer?? hihih opssss...
oooo xpe.. dorang cakap maybe nak amek anak angkat...
hehehe memandai je sy nih.
nauzubillah...jangan jadi barah di negara kita sudahhhh...

amek la baca....
kang tak caya pulak...
huhuhuhu

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels