.

Sunday, June 26, 2011

AKTIVITI HARI INI

Hari cuti yang memang dinanti-nanti.
Kami ambil kesempatan ini untuk bawa budak-budak
ni keluar. Jadi, destinasi kami hari ini adalah ke
Alor Setar. Hampir 45 minit perjalanan, kami sampai
ke Alor Setar, dan terus ke Star Parade.


Macamnilah gambar kat sana, tak banyak yang menarik,
jadi kami tukar plan, ke Alor Setar Mall.


Kat sini pun tak ramai orang, dan cuma mall 2 tingkat. Tapi,
lupa pulak nak amek gambar suasana kat sana.
Yang sempat, ha...nih.. gambar bebudak nih,
main kejap kat kids corner yang ada kat situ.
Hmmm..kesian, huhuhu tu je yang ada. Takperlah,
at least sempat la jugak main2 kejap.

Semua mainan kat situ jenis yang macamnih je..
Pakai coin sumer....
Tak tau mana lagi dah nak bawak dorang main2.
Lepas beli beberapa barang, heheh
sempat tuh,
kitaorang pun bertolak balik ke kangar semula.
Lagipun, harini macam sunyii jer bandar.
Kedai banyak yang tutup.
Dah sampai kangar,
mengidam nak makan TOM YAM KUNG.
So, singgahla sercet recipe.
Putra n putri tunggu macaroni prawn cheese.

Huhuhu, jangan mara aa, sempat amik gambar air je,
bila makanan sampai, tak hengat punyerrrrrrr.....
Perut dah nyanyi2... huhuhuh kamera ke hape tolak
tepi daa. Pas makan, bayar, sempat cashier tuh tanyer,
itu budak perempuan, adik ke?? Eh tak, anak..
Dia boleh cakap, itu u punya adiklaaaa.. Haih...cakap betul
pun dia tak caya.. hmm senyum jerla.. dah kenyang
sangat la, malas nak cakap banyak. Pastuh terus balik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels