.

Sunday, May 29, 2011

MENTALITI SESETENGAH ORANG

Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan
mereka, jarang rasanya saya mengutarakan
atau 'mengomen' apa saja mengenai mereka..
Tapi rasanya setelah melihat sendiri, apa yang
mereka dapat dari penat lelah mereka,setiap ternyata
amat tidak berbaloi. Sekiranya anda diberi pilihan,
mahukah anda mengeluarkan keringat setiap hari,
dengan mengerah setiap tenaga yang ada, demi mencari
rezeki untuk menampung kehidupan di dunia ini?
Tentunya ramai yang lebih rela bekerja 8 jam sehari,
duduk dalam ekon, dan menunggu hasil kerja
yang diperoleh setiap hujung bulan.
Namun, antara mereka, ada yang tiada pilihan itu,
mereka cuma punya kebolehan, dan semangat dalam diri.
Lalu terpaksa mengambil risiko, mengerah keringat setiap hari,
mempertaruhkan tenaga dan maruah diri demi rezeki
yang adakalanya, perlu ternanti2...
Adakalanya pula, belum pasti.
Apa yang saya maksudkan maruah diri di sini,
adalah kerana, mereka mempertaruhkan bakat
yang ada, beserta keringat dan juga tulang empat kerat,
untuk menjadi tontonan para pengulas, dan juga pengeji2
yg sentiasa mengharapkan keajaiban dari mereka.
Sekiranya mereka gagal memuaskan keinginan
pengulas atau pengeji yang terlebih pandai itu,
maka hinala hukuman bagi mereka.
Malah ada yang sanggup mengeluarkan kata2
kesat...Mungkin agaknya yang terlebih pandai itu,
lebih bagus dalam hal ini sekiranya diberi peluang.
Mengapa tidak mereka sahaja yang menggantikan tempat?
Kadangkala pelik, agaknya apa yang mereka
perolehi setelah menjatuhkan air muka seseorang itu,
adalah sebuah kepuasan yang tidak terhingga.
Ya...saya geram, dan sedikit terkilan dengan mentaliti
sesetengah orang yang menjadikan maruah orang
bagaikan satu hiburan buat mereka.
Anda juga harus ingat, kerjaya mereka itu juga
satu bentuk hiburan buat anda...jd buat apa
sehingga perlu mencaci tanpa mengetahui hujung pangkal?
Anda kah orang di sebalik susah payah mereka?
Anda taukah apa yang dilalui mereka?
Keringat andakah yang mereka guna?
Fikirlah sebelum merasakan anda layak menilai mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels