.

Saturday, December 17, 2011

Tekan2 Kuar!

wohoooooooo...
lama giless x update blog!
huhhuuu okes... ni pengubat rindu nak menulis blog!

Slalu kita togk kat Malaysia..nih...



Yang nih?? hmmm ??



Yangnih plak??



Tapi ygnih terrrbaekkkkkk!! kalo jumpa, hari2 sayer tekan!! :D







Tadaaaaaaaaaaa!!

Sunday, July 31, 2011

KELEBIHAN TARAWIKH (MALAM PERTAMA)


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.



Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa

  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Monday, July 25, 2011

Suami Yang Bertanggungjawab


Suami Yang Bertanggungjawab
Hadith :
Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda:’Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah.”
(al-Bukhari)

Huraian
Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi terhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Maka, suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklah membimbingnya agar selamat daripada api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggunjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelaki telah memberi nafkah daripada harta mereka..." (an-Nisa: 34)

TIADA KOMPROMI DALAM MAKSIAT

Tiada Kompromi Dalam Maksiat
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata:”Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya’-Nya.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian
1. Allah SWT melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara tersebut merupakan suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.
2. Segala kebaikan dan kesenangan yang diperolehi adalah rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.
3. Sesungguhnya apa jua yang kita perolehi yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah SWT dan apa jua keburukan yang menimpa maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan.

TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP KELUARGA

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.
Riwayat Al-Bukhari

Huraian
1. Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.
2. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
3. Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.

Thursday, July 21, 2011

TALI BEG PUNCA DISERET VAN


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.


Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van

selanjutnya

Malang tak berbau.

Berita2 macmnilah yang merisaukan kita. Dalam berjaga2,

pun macam2 boleh berlaku. So, pengusaha2 bas or van sekolah

pun kena ambil berat perkara2 sebegini. Kalau boleh, tolonglah

turun sekali bukakkan pintu or lihat anak2 melintas jalan dan sebagainya.

Terutama yang melibatkan kanak2 sekecil Muhammad Haziq ni yang nyata

baru berusia 3 tahun. Bersamalah kita membantu dan berusaha untuk mengelakkan

sebarang kejadian yang tidak diingini yang melibatkan anak2 kecil.

Heheheh terskema la plak ayat neh!

Betollllll...kesian kalo perkara macamni terjadi.

Tuesday, July 19, 2011

BEDAH TUKAR JANTINA



Mohd Ashraf Hafiz, sudah tukar jantina.

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

OMG! Kuala Terengganu lak tu!

sumber


Sunday, July 17, 2011

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arabbererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

sumber

Friday, July 15, 2011

AMBULAN PELIK?

Slalu kita tengok, kebanyakan ambulan
rupe die ada la lebih kurang macam yang
dlam gambar kat atas tu kan?
Kalau yang mcam tu tak heran langsunglah.
Dah memang sesuai untuk jadi sebuah ambulan.
Tapi yang menjadi kemusykillan saya nih,
kalau macam yang kat bawah ni. Agak2 kalau
orang nak bersalin tu, atau yang emergency sangat2
tuh... hmmm . Ah tengok jerla.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
hehehhehhe....bole?? yang ni memangla orang
nak bersalin tak naik. Sebab kalo askar wanita
takde yang tengah mengandung nak kena pegi
berperang lak. Tapi kalau yang lagi satu nih......

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
huhuhuhuh
sah2 dah terberanak dulu la penduduk kg tuh
kalau naik ambulan nih!

Wednesday, July 13, 2011

TRAFFIC LIGHT PELIK


Sememangnya kita tau kalau traffic light,
mestilah memberi isyarat untuk kita bergerak,
bersedia untuk berhenti, atau berhenti.
Tapi ada kelainan sikit ngan traffic light kat bawah ni.
huhuhu ape kate kita tengok sesama.

wah...kan main rehat lagi...


huhuhuh... jarang nak jumpa nih...


hah...sudah... mana satu nak ikut nih???
toink2!! huhuhu funin


haaa...nih pun sama... kalo jumpa nih kompom
berejam kat traffic lite nih.
Sebab nak kena kaji dulu macamana function
dier. Memang untuk basikal jerk ke hape?

hmmmm kalau yang kat atas tadi dah pelik...
hmmm yang kat bawah nih sama dengan jugak!
tapi laaaaaaaagiii pelik! dan tak paham sama sekali!
hadeiiiiii

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

HMMMM TAK SENONOH KAN???
huhuhuhuh

TIKAM REBUT KEKASIH



KLANG: Gara-gara berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh sebelum seorang daripada mereka mati ditikam di dada dan paha kanan di hadapan koridor sebuah premis di Jalan Meru, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, warga Indonesia berusia 21 tahun dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu maut ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek juga warga negara sama.


hmmm macam-macam hal. berebut perempuan punya pasal
sampai berbunuh2.. tp yang herannya kenapa perempuan tu
lari ngan suspek plak? hmmm kalo bukan kes rebut, kes dirancang kot?
heheheh eh..memandai jerk pulak. Panggil detektif conan la kejap!

Monday, July 11, 2011

BAWA MAYAT DALAM PERUT

SULAWESI: Selama 46 tahun, seorang petani dari daerah Pangkep di Sulawesi Selatan membawa kembar siamnya yang sudah meninggal dunia di dalam perutnya.

Lukman Labbi, 46, bapa kepada tujuh orang anak, terlantar di bilik pengasingan Hospital Daerah Pangkep kerana mengalami jangkitan serius.

Perutnya kini membengkak akibat kanser di bahagian sambungan antara anggota tubuh kembarnya yang telah mati itu dengan perutnya.

selanjutnya


Saturday, July 9, 2011

AKIBAT KEKEJAMAN MANUSIA


JOHOR BAHRU: “Saya tak akan maafkan orang memperlakukan Ayu sebegitu kejam, biarlah dia digantung sampai mati supaya tiada lagi manusia diperlakukan seperti ini,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja dibunuh sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.


Semakin menjadi-jadi. Tak taulah apa sudah jadi
dengan manusia zaman sekarang. Semakin bertamadun
sesebuah negara itu, semakin berleluasa kes2 sebegini.
Manusia semakin hilang pertimbangan, semakin kurang
kewarasan. Agaknya mereka2 ini tidak pernah fikir, sekiranya
perkara2 seperti ini terjadi kepada ahli keluarga mereka.
Ataupun, mereka ini sememangnya tak punya perasaan
langsung, dan tidak kisahpun kalau keluarga sendiri yang
terkena.


KERANDA PELIK BARAT

Hmm kalo dah negara Barat ni, macam2lah perkara
pelik yang dorang buat..
sampaikan keranda pun nk pelik jugak.

kasut


bentuk bag


boat


botol coke

nih yang paling pelik nih ada jugak eh macamni??

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
ikan jaws
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels