.

Thursday, July 21, 2011

TALI BEG PUNCA DISERET VAN


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.


Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van

selanjutnya

Malang tak berbau.

Berita2 macmnilah yang merisaukan kita. Dalam berjaga2,

pun macam2 boleh berlaku. So, pengusaha2 bas or van sekolah

pun kena ambil berat perkara2 sebegini. Kalau boleh, tolonglah

turun sekali bukakkan pintu or lihat anak2 melintas jalan dan sebagainya.

Terutama yang melibatkan kanak2 sekecil Muhammad Haziq ni yang nyata

baru berusia 3 tahun. Bersamalah kita membantu dan berusaha untuk mengelakkan

sebarang kejadian yang tidak diingini yang melibatkan anak2 kecil.

Heheheh terskema la plak ayat neh!

Betollllll...kesian kalo perkara macamni terjadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels