CULIACAN (Mexico): Dua mayat lelaki tanpa kepala dicampakkan di hadapan
pejabat dua syarikat akhbar, di barat Mexico, semalam, kata pendakwa raya.
“Kami mengesyaki dua kejadian itu berlaku serentak... Di pejabat akhbar Noroeste
terdapat mayat yang dipancung tanpa kepala. “Terdapat satu lagi mayat tanpa kepala ditemui
di pejabat akhbar El Debate di daerah Mazatlan,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya.
Bersama mayat itu ditemui mesej ancaman ditujukan kepada Gabenor Sinaloa, Mario Lopez
Valdez dan Gabenor Mazatlan, Mayor Alejandro Higuera. Pihak berkuasa berkata mesej itu
daripada
adik-beradik kartel dadah, Zetas dan Beltran Leyva. - AFP
2 comments:
fuuhh..kejam gila
hmmm dadah punya pasal.. mau tak kejam..
Post a Comment