Seludup suami keluar penjara dalam beg
MEXICO CITY: Seorang wanita ditangkap kerana cuba menyeludup suaminya keluar dari
penjara dalam beg pakaian.
Wanita itu ditahan ketika hendak meninggalkan penjara selepas melakukan lawatan untuk
mengadakan seks dengan suaminya.
Pengawal mengesyaki sesuatu apabila melihat Maria del Mar Arjona, 19, cuba meninggalkan
penjara di Mexico dengan sebuah beg besar.
Apabila memeriksa beg berkenaan, mereka menemui Juan Ramirez Tijerina merengkok di
dalamnya.
Ramirez menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas didapati bersalah memiliki senjata secara
haram pada 2007.
Maria ditangkap dan menanti perbicaraan. -Agensi
No comments:
Post a Comment