.

Tuesday, June 21, 2011

TAK SEDAR2 JUGAK

Hari ini saya cukup marah dengan manusia ni.
Malah hampir seluruh generasi seangkatannya
yang sepatutnya tidak melibatkan saya. Saya pun
tak taulah di manakah letaknya akal fikiran dan
kewarasan sebenar. Atau apakah memang sudah
tertutup pintu hatinya oleh Ilahi. Sudah berkali2 dan
bermacam-macam musibah dalam kehidupan telah
menimpa, namun mengapakah tidak terdetik langsung
di hatinya bahawa mungkin itu semua berpunca dari
segala keburukan dan dosa yang sama berulang2...
Atau mungkinkah langsung tidak menyedari bahawa
hatinya telah hitam???
oh ya...
Saya siapa, nak bercakap hukum agama..
halal haram, dosa dan pahala.
Tapi sekurang-kurangnya saya masih mampu membezakan
mana yang patut dan mana yang tidak. Sekurang2nya saya masih
mampu memikirkan akibat..
Menutup keburukan diri?? Tidak sama sekali..
Allah Taala itu Maha Menyayangi, Maha Mengampuni.
Cuma sujud dan mohon padaNya.
Emosi??
Setiap kita ada waktunya....
Bersyukurlah selagi Tuhan masih tunjukkan jalan.
Sedarlah sebelum hati semakin hitam, sebelum ditarik segala
peluang, sebelum akhirnya mata terpejam..

yang menulis pun sama. haihhh..

2 comments:

Hishyamuddin said...

sabor je lah kak..senyummmm..:-)

ADLYNN ADAMZ said...

hmmm alwaysssssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels