.

Monday, June 20, 2011

MELAYU DISERANG??

Heboh diperkatakan semalam bahawa Melayu telah diserang sekumpulan

India yang dikenali sebagai MALABAR. Walaubagaimanapun, berita tersebut

disahkan palsu oleh Ketua Polis Selangor. Hmmm...macam2 sudah jadi.

Jadi, di mana pun kita, apa pun bangsa, dan sesiapa sahaja, cuma berwaspadalah.

manalah tau..malang tak berbau.

Untuk pengesahan, baca di bawah.

:
:
:
V

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.

Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.


"Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini.

Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.


Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya.

THANKS TO SUMBER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels