.

Tuesday, June 28, 2011

IMAM SOLAT JUMAAT?

antara gambar amina mengimamkan solat

Ya Rabbi.... sudah terang lagi bersuluh...
mana ada wanita yang boleh jadi imam solat Jumaat??
Pendek kata mengimamkan jemaah yang terdiri daripada
lelaki-lelaki? hmmm.. Takpe, nk tau lagi lanjut, nih korang baca.

Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 diBethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.

Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut terletak di Kaherah, Mesir).

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia(Virginia Commonwealth University) di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.


Erk! Profesor Madya tu.... Kat UIA??? omg!

MALAYSIA TU..


Tengok la nih!!!


:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

Kat gereja lak tuh?? hadeiii....



Imam wanita untuk Solat Jumaat

Amina Wadud menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Tindakan beliau ini memecah tradisi Islam bahawa hanya lelaki boleh menjadi imam dalam solat lebih-lebih lagi bagi Solat Jumaat (wanita dibenarkan menjadi imam untuk makmum yang terdiri dari kalangan wanita).

Sebelum itu, tiga buah masjid menolak untuk dijadikan tempat bagi acara tersebut dan sebuah muzium yang pada mulanya bersetuju menarik diri akibat dari ancaman bom.

Amina Wadud bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender [4] di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti Commonwealth Virginia.

Di sebalik bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud, beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress AntarabangsaFeminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol.

Majoriti masyarakat Islam menolak sama sekali wanita sebagai imam untuk solat Jumaat dan solat lain yang makmumnya terdiri daripada laki-laki.

kalo korang nak tengok video pun ada...

nah tengok video kat sini

4 comments:

merah_s said...

Salam, inikah dia pengasas Sisters of Islam yg kononnya membela hak asasi kaum wanita itew?nnya membela hak asasi kaum wanita itew? Xbleh blah...

ADLYNN ADAMZ said...

yer!! tepat sekali...kononnya setaraf dengan lelaki sampai nak jadi imam solat jumaat laktu...

azwan said...

hi... nak komen sket... x salah klau nak setaraf ngan lelaki.. tp xdelah sampai nak jd imam.... ade sesetgh perkare wanita boleh buat tuk setaraf atau lbh baik dr lelaki...kan...kan... =]

ADLYNN ADAMZ said...

stuju!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels