.

Thursday, June 16, 2011

GERHANA BULAN KEJAP LAGI??

Ini bukan cobaan..ini betul-betul.....
Agak terlewat saya menulis entri ini.
Rupa-rupanya kejadian gerhana bulan akan berlaku
sebentar sahaja lagi..

sedikit info
~Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Baca seterusnya di sini

Agaknya beginilah rupa gerhana bulan yang bakal berlaku.


Fenomena gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi, dan bulan
berada pada garis selari. Bumi berada pada kedudukan di antara bulan dan matahari.

Solat sunat gerhana bagus jugak nih.
Bukan selalu dapat peluang macamni.
Kalau lupa atau tak tahu caranya jom baca.

Cara Solat Kusuf :

1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.

selanjutnya boleh rujuk di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels