.

Monday, May 23, 2011

MASIH LAGI DISELUBUNG PILU

Terharu, sedih, kesian, dan banyak lagi rasa yg x mampu kita
zahirkan atas kejadian yang menimpa kanak2 di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa,
Hulu Langat. Walau berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat
ALLAH S.W.T.

Wajah2 mereka sebelum kejadian...


Bayangkan betapa runtunnya hati seorang abang...
Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”

Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9.

Menceritakan mengenai adiknya, Mohd Awie berkata dia bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan arwah yang mahukan jam tangan dan minyak wangi sebagai hadiah hari lahirnya Januari lalu.

"Bapa kami sudah meninggal dunia...saya berbelanja RM56 untuk membelikan dia jam tangan Ben 10 dan minyak wangi yang dibeli melalui seorang rakan senior, adik sangat gembira dan sentiasa memakai jam tangan itu," katanya.



PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan.




Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat: Tujuh satu liang
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M Muin, 18; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Mustakim Mamat, 12; Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11; Mohd Hazim Sapri, 10; Mohd Imal Fahad, 9, dan Mohd Azret Azahari, 8.


Sebahagian Al-Quran yang tetap tersusun kemas di rak. Allahu Akbar.


credit to :http://www.facebook.com/Kesultanan.Johor beri keizinan atas gambar2 ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels