.

Friday, April 29, 2011

DOA SELEPAS WUDHU'


Berwuduk merupakan salah satu amalan wajib bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat lima waktu. Tahukah anda fadhilat membaca doa selepas wuduk? Sebaik sahaja anda selesai berwuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk sambil mengadap ke arah kiblat.

doa_sesudah_wuduk

Maksud doa:

Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.

Sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Dalam erti kata lain ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Sumber rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat - Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat sepanjang hayat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels